Blog Archive

Followers

Something new was begin but ..........

Image result for tumblr hope quotes


Disaat aku menaip, hati aku fikiran aku bercelaru..
ye, blog ini hanya tempat aku curah rasa sedih, tak sedap hati, rindu yang tak berbalas, harapan yang semakin lupus dan kenangan yang semakin hilang ...
aku tak perlukan manusia untuk memahami apa yang hati aku perlu. aku cuma hanya meluahkan rasa biar hati aku sentiasa ceria. aku tak perlu orang sekeliling memahami aku. Cukup Allah SWT dan blog yang jd saksinya. Tanpa ada yang mengetahui ...
Aku tak pasti perlu ke aku teruskan perasaan ni. Ya, perasaan yang aku pernah rasa dulu ketika bersama alif berputik kembali tetapi dengan seseorang yang pandai menghargai aku. Seseorang yang tahu apa yang aku perlukan. Bila perasaan macam ni datang aku akan mula berharap walau aku tahu bila perasaan berharap tu aku akan disakiti...
Sejujurnya aku tak nak berharap, tp pokok kalau disiram dia akan membesar begitu juga apa yang aku rasa sekarang. 
Sejujurnya aku tak nak disakiti kedua kali nya. Aku sepatutnya letak garisan pada hati aku. Sepatutnya tak terjerumus dalam perasaan. Sepatutnya biarkan hati menjadi keras dan hambar.
Walau aku cuba berkali kali untuk menidakkan rasa keterujaan aku dalam mengejar cinta & hidup yang pasti. Aku pasti kalah. YA Allah, bantu aku. Tunjukkan aku jalan yang benar. Tunjukkan aku kebenaran supaya aku tidak tersalah lagi membuat pilihan.
Bukan aku tak cuba untuk tak mengharap. Tapi siapa yang boleh tahan dengan kegembiraan yang dia rasakan. Luka yang dulu nya berparut semakin hilang. Hati yang pecah dan dicantum semakin kuat. 
Aku tak nak berharap lebih pada hubungan yang masih baru, yang masih rapuh, yang masih tak pasti  tujuan ke arah yg halal tu jadi kenyataan atau tak, Jika Allah izinkan hubungan ini menjadi hubungan yang halal kelak, Alhamdulillah. jika tidak, aku mohon Allah kuatkan hati aku untuk terima kenyataan..
YA Allah jika Dia itu jodoh ku, Kuat kan hati ini untuk menepis segala rasa yang tidak sepatutnya aku rasa. Ya Allah jika Dia bukan untuk aku, tunjukkan. Hilangkan segala tentang dia dalam hidup ku. Aku mohon ya Allah...
Semoga Allah tunjukkan jawapan kepada segala persoalan & perasaan yang tidak pasti ini.

Kepada Seseorang yang bernama lelaki, yang telah mengetuk pintu hati aku, ketahuilah bukan senang aku membuka hati ini, bukan senang untuk aku menerima, walau luaran aku tenang tapi ketahuilah hati & akal fikiran aku berperang untuk menidakkan rasa ni. Aku masih struggle mendidik hati agar tidak terlalu berharap. Aku berharap jika kau tidak mahu aku berharap. Elak bercakap tentang ke arah hubungan yang halal. sebab seorang perempuan akan jadi teruja bila seseorang datang dalam hidup dia dan ingin menghalalkan dirinya dengan ikatan pernikahan. Itu semua impian seorang perempuan. Aku tidak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Aku seorang perempuan yang hatinya rapuh. 



No comments: